RESEPI POPIA NESTUM BY ILA
Bahan-bahan :
· * Nestum
· *Gula pasir
· *Kulit Popia
· *Minyak
· *1 biji Telur
Cara-cara:
- Nestum dikisar halus,gula pasir dikisar halus,Kulit popia perlu dipotong 4 atau ikut suka
- Kulit popia digulung memanjang dan hujungnya perlu digam dengan putih telur
- Kulit popia tersebut perlu digoreng garing dan disadur dengan nestum dan popia yang telah dikisar
-Seteleh angkat dari gorengan terus disadur dengan serbuk nestum dan gula tadi ketika masih panas,jika tidak nestum dan gula tidak akan lekat pada kulit popia tersebut.
-Sedia dihidang.
RESEPI PIZZA MAGIE KARI BY ILA
Bahan-bahan:
· * 2 peket megee kari
· * 2 biji telur
· *1 biji bawang besar
· * Beberapa potong ayam dipotong dadu
Cara-cara :
-Megee kari direbus dan ditoskan airnya,setelah ditos dan dimasukkan ke dalam mangkuk campurkan 2 biji telur serta bawang dan hirisan daging ayam (ikut citarasa untuk menyedapkan lagi ramuan),masukkan rempah kari megee dan dikacau sebati bersama megee tersebut
-Panaskan minyak di dalam kuali seterusnya ramuan tadi perlulah digoreng dan dibalik-balikkan hingga masak.
-Sedia dihidangkan
Boleh makan bersama sos megee juga,Selamat mencuba.
RESEPI KENTANG WEDGES LADA HITAM BY ILA
Bahan-bahan:
· *5 biji Kentang dipotong wedges
· *Bawang merah
· *Bawang putih
· *Lada hitam
· *Cili padi
· *Kicap
Cara-cara :
-Kentang yang telah dipotong wedges digoreng hingga empuk,kemudian keluarkan dari gorengan
- Tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah,bawang putih,cili padi ,kemudian masukkan kentang wedges yang telah digoreng tadi,masukkan sedikit lada hitam dan juga sedikit kicap manis
-Sedia untuk dihidang.
RESEPI YONG TAU FU BY ILA
Bahan-bahan :
Untuk kuah :
· * ½ periuk air
· *3 sudu lada sulah
· *1 peket kecil sotong kering masin yang dihiris halus (biasanya dah siap dihiris)
Untuk isinya:
§ *Bebola ikan/daging/sotong dll
§ *Bendi
§ * Cendawan
§ *Putik jagung
§ * Kangkung
* Hotdog
Cara-cara:
-Kuah-----dididihkan air dalam ½ periuk,masukkan 1 peket sotong kering masin,sedikit garam dan 3 sudu lada sulah(ikut suka samada mahu pedas/tidak)
-Isinya-----Bahan-bahan isinya perlu dicelur terlebih dahulu dan dipotong kecil-kecil untuk senang dimakan
-Cara makan -----campurkan bahan tersebut bersama kuah tadi
-Sedia untuk dimakan
-Selamat mencuba
MASAK ASAM ALA INDONESIA BY ILA
Bahan-bahan A:
· * Sedikit belacan
· *2 biji Buah keras
· *2 tangkai Lada basah
· *Sedikit garam
Bahan-bahan B :
· *2 batang Jagung besar (manis)
· *Empulur nangka
· *1 peket Putik jagung
· *1 batang Carrot
· *2 keping Asam keping
Cara-cara :
-Semua bahan-bahan A ditumbuk halus kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang mendidih berisi ½ air kemudian masukkan bahan-bahan B dan dibiar sehingga betul-betul masak.
-Sedia untuk dihidang
" SELAMAT MENCUBA"
No comments:
Post a Comment