Friday, December 2, 2011

Jangan makan Maggie Kari



Berapa banyak maggie yang telah anda makan? pasti sudah pelbagai perisa maggie anda sudah telan, sedapkan?Pernahkah anda ambil tahu mengenai kandungan dalam maggie mee kari segera yang anda makan ? Berikut adalah beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan maggie mee kari segera anda..





Kandungan Maggie Mee Kari Dan Seangkatan :

Asid Tartarik: 
Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: 
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): 
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: 
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: 
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: 
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: 
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Elakkan dari memakan megie kerana ia memudaratkan kesihatan kita,
banyak lagi makanan lain yg lebih berkhasiat yg boleh dimakan




~~~BAHAYA SARDIN. ~~~ BACA! PENTING untuk PEREMPUAN!

~~~BAHAYA SARDIN. ~~~ BACA! PENTING untuk PEREMPUAN!


Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups,
this is my last menu mkn sardin... cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-
Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. 
Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. 
Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu.
Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap 
maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 
sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan
kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin.
Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. 
Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili
, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin.
 Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti
terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya
 “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu
saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin.
Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap 
dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan 
pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa
kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. 
Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan 
setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan
bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga
semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah 
dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, 
insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. 
Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak
ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama,
tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut
apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia 
khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan 
tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, 
bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes 
pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang
jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.
Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui 
anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar 
memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar
yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk
ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, 
jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, 
pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. 
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.
Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah
di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen
(bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya,
ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan.
Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah 
yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak 
perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang
mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin.
Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan,
terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa
dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab 
diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan 
sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini 
belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya 
alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi
antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari
Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat
sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami
sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini
Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin
Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah
dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor,
fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Waktu memotong kuku

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Petanda penyakit melalui tubuh badan

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarahi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Perkahwinan adik ipar

                                                         Mak mertua & Ayah mertuaku

                                                    Jeng3 kami bersama Ayah mertua dan ......



                                                           Bergambar dengan pengantin

                                                                   Aku dan Hubby

                                                                   Ni dia pengantin

                       Amik kau sekali 2 pasangan tok kadi nikahkan yelah nak tarikh cantik 11/11/2011

                                                                     Bersama ipar duai

                                                                   Nak balik dah ni

                                                       Merenjis pengantin-hantam sajalah

Perkara ringan yang menyekat rezeki


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau 
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan
penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang
perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah
yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah
diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan
seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil